Pages

Sunday, March 28, 2010

APA ITU HIPERAKTIF?

Menurut Jamilah (2005), masalah hiperaktif ini adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi masih mempunyai tumpuan yang singkat mengikut kata Sandra (2008) yang telah menjelaskan terdapat dua jenis masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) atau masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif dan Attention Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD) atau masalah kurang daya tumpuan dengan hiperaktif. Menurut Sandra lagi untuk masalah ADD atau ADHD adalah bersifat fisiologi dan biologi. Manakala menurut Sheila & Samsilah (2006), ADHD adalah satu keadaan yang meletakkan kanak-kanak yang mengalaminya mempunyai masalah tingkah laku yang terlampau aktif dan impulsif.

Bagi Sandra (2008) telah menyatakan ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif (ADD) adalah seperti mudah terganggu oleh rangsangan luaran. Faktor luaran yang akan menjadi satu sebab kepada kanak-kanak ini bermasalah.Sukar mendengar dan mematuhi arahan adalah salah satu cirinya yang dapat dikesan.Manakala sukar memberi tumpuan dan perhatian juga termasuk ciri-ciri yang dinyatakan, simptondan tanda - tanda ini akan dapat dilihat pada kanak-kanak istimewa ini. Seterusnya sukar mengekalkan tumpuan dan melaksanakan tugasan juga dapat kita lihat sekiranya kanak – kanak ini mengalami gejala seperti ini serta keupayaan kanak – kanak ini untuk membuat kerja sekolah yang tidak lengkap.dan tidak terurus.Kemahiran belajar yang lemah juga akan menjadi salah satu cirinya yang kelihatan. Seterusnya kanak – kanak ini akan jadi sukar untuk berdikari jika ianya berlarutan dan tidak dapat mencari jalan alternatifnya.

Bagi ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan dengan hiperaktif (ADHD) menurut Sandra (2008) ialah mempunyai tahap aktiviti tinggi, lebih cenderung mengikut gerak hati dan kurang kawalan diri, kesukaran melalui aktiviti peralihan atau perubahan, mempunyai tingkah laku yang agresif dan terlampau yang mudah terangsang, kanak – kanak ini tidak matang dari segi sosial serta mempunyai sifat rendah keyakinan diri dan mudah kecewa.

Kebiasaannya kanak-kanak memang normal pada zaman kanak-kanak sehingga ke tahap tertentu pada tahap perkembangan yang berbeza. Walau bagaimanapun, kanak-kanak bermasalah ADD atau ADHD akan menunjukkan pelbagai tingkah laku yang bermasalah yang tidak sesuai dengan perkembangannya berbanding kanak-kanak lain pada usia yag sama di petik oleh (Sandra 2008).

Manakala menurut Persatuan Psikologi Amerika pula (APA) mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada umur tujuh tahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu yang pertama ialah ADHD kurang tumpuan. Ini mungkin kerana mereka kerap mengelamun di dalam kelas, kerap pelupa dan kerja tidak teratur untuk tugasan yang telah diberikan. Gejala ini membuktikan kanak – kanak ini adalah dikategorikan dalam kumpulan ADHD kurang tumpuan.

Kategori kedua ialah ADHD hiperaktif-impulsif. Bagi hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi manakala bagi impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir

Kategori ketiga pula ialah merupakan ADHD gabungan. Bagi ciri ini akan menunjukkan kedua-dua ciri di atas iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan impulsif. Maknanya kedua – dua ini digabungkan dan menghasilkan ADHD dalam kategori ketiga.

Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya Bagi ADHD hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripada ADHD impulsif. Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu pergaduhan, kerap membuat kesalahan akibat kecuaian, gagal menyiapkan kerja sekolah, tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya, sukar mengatur tugasan atau tidak suka dan enggan melakukan tugasan.

Bagi ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih banyak tertumpu kepada penghargaan kendiri iaitu dengan cara penghargaan kendiri positif atau negatif bergantung kepada keadaan persekitaran yang mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan social mengikut (Jamila 2005).

No comments:

Post a Comment

TINDAKAN SUSULAN DIBUAT

Pemulihan

Intervensi tingkah laku

Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah iaitu dengan memberikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.

Tidak lokek atau mudah memberi pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan tepat. Contohnya guru mempamerkan memek muka gembira kerana kanak-kanak ini telah menyimpan permainan di tempat yang betul. Ini ada dilakukan oleh Aliff ketika dia membantu guru menyimpan pundi kacang di dalam stor barang sukan.

Berusaha untuk mewujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik. Selain itu kumpul mata bonus juga sebagai salah satu motivasi pelakuan yang baik akan ditonjolkan. Aliff seolah-olah ingin merebut peluang untuk mendapatkan hadiah yang telah dijanjikan oleh guru untuk menjadi budak yang baik walaupun untuk seketika.

Berusaha untuk membantu kanak-kanak ini mengatur aktiviti hariannya dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan. Ini sememangnya perlu untuk memastikan kestabilan perlakuan hiperaktif itu terkawal dan masih boleh diatasi oleh guru secara perlahan-lahan. Desakan tidak akan melenyapkan masalah hiperaktif malahan kanak-kanak ini akan memberontak dan lagi tidak dapat dikawal pula nanti. Di dalam senarai semak jelas membuktikan Aliff mempunyai kelebihan untuk menyiapkan tugasannya sekaligus walaupun dia seorang hiperaktif

Menggalakkan kanak-kanak ini untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata. Ini penting bagi memastikan kanak-kanak ini terus bersikap positif dan menjaga hubungan sosial yang baik antara kanak-kanak ini sesama rakan dan guru. Contohnya Aliff tidak akan menggunakan perkataan aku ketika di kelas bagi menjaga hubungan baik antara rakan dan guru.

Berusaha untuk membina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja. Ini penting kerana semangat yang positif akan memberikan satu impak positif kepada kanak-kanak tersebut. Contohnya apabila Aliff cuba membaca walaupun merangkak tapi guru tetap memberikan pujian pada Aliff. Ini nampaknya Aliff tersenyum sahaja apabila dirinya dipuji guru di hadapan rakan-rakannya.

Kaedah pengasingan juga dirasakan perlu untuk memastikan kanak-kanak hiperaktif menyedari dirinya tidak ditempatkan bersama rakan-rakan yang lain. Ini penting sekiranya guru melihat tiada perubahan yang berlaku kepada kanak-kanak hiperaktif ini untuk jangka masa yang terdekat. Aliff perlu diberi denda sebegini bagi menyedarkan dirinya tentang pentingnya untuk mengikuti pembelajaran di dalam kelas bersama rakannya yang lain.

Juga perlu menempatkan kedudukan kanak-kanak hiperaktif ini di bahagian barisan hadapan kelas. Ini penting bagi memastikan kanak-kanak ini tidak hilang fokus dan dapat guru dapat melihatnya secara kerap juga memantau sekaligus. Ini memudahkan guru memantau perlakuan Aliff agar tidak memudaratkan dan membahayakan orang lain di sekitarnya.

Melatih kanak-kanak hiperaktif ini untuk menjadi ketua atau pemimpin di dalam kelas. Tanggungjawab yang diberikan secara tidak langsung akan memberikan satu perubahan di dalam kehidupan kanak-kanak ini. Contohnya ketika Aliff berada di tengah garisan sewaktu aktiviti di jalankan. Aliff kelihatan gembira kerana diberi peluang untuk menjadi ketua di dalam kumpulan walaupun hanya untuk seketika.

Juga guru dapat melatih kanak-kanak hiperaktif ini untuk membantu guru di dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran. Contohnya Aliff telah membantu guru memegang kad imbasan di hadapan kelas bagi memastikan kanak-kanak ini seronok dengan aktiviti pembelajaran dan sekaligus kanak-kanak ini dapat input pembelajaran pada masa itu.

Guru juga perlu mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada ibu bapa semasa di rumah, bagi membolehkan anak hiperaktif ini diawasi agar pembelajaran dan kerja rumah mereka disiapkan. Kerjasama dari rumah juga akan memberikan impak yang positif.

Mengikut hasil penelitian menunjukkan perilaku anak hiperaktif dalam bermain konstruktif, diketahui bahwa terdapat 1 (satu) anak hiperaktif di PAUD Lestari, iaitu bernama Aliff Daniel. Jenis permainan konstruktif yang digunakan, iaitu dengan bermain doh, membuat Aliff terlatih penumpuannya namun masih belum sabar menunggu giliran dan bersikap destruktif. Dia boleh duduk dengan tenang serta mampu membuat bentuk yang lain dari yang lain.

Aliff juga didapatimasih belum sabar menunggu giliran dan terkadang mengganggu temannya tanpa alasan yang jelas. Penumpuannya mudah terganggu serta terkadang menunjukkan sikap menentang, akan tetapi dia tidak menunjukkan sikap destruktif;

Selain itu untuk tingkatkan daya perhatian Aliff semasa bermain puzzle tidak lama, dia belum sabar menunggu giliran dan seringkali bersikap destruktif dan menunjukkan sikap menentang. Perilaku Aliff dipengaruhi karana kurangnya pengawasan dari orang tua dalam setiap kegiatan bermainnya