Saturday, April 17, 2010
TINDAKAN SUSULAN DIBUAT
Pemulihan
Intervensi tingkah laku
Tidak lokek atau mudah memberi pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan tepat. Contohnya guru mempamerkan memek muka gembira kerana kanak-kanak ini telah menyimpan permainan di tempat yang betul. Ini ada dilakukan oleh Aliff ketika dia membantu guru menyimpan pundi kacang di dalam stor barang sukan.
Berusaha untuk mewujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik. Selain itu kumpul mata bonus juga sebagai salah satu motivasi pelakuan yang baik akan ditonjolkan. Aliff seolah-olah ingin merebut peluang untuk mendapatkan hadiah yang telah dijanjikan oleh guru untuk menjadi budak yang baik walaupun untuk seketika.
Berusaha untuk membantu kanak-kanak ini mengatur aktiviti hariannya dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan. Ini sememangnya perlu untuk memastikan kestabilan perlakuan hiperaktif itu terkawal dan masih boleh diatasi oleh guru secara perlahan-lahan. Desakan tidak akan melenyapkan masalah hiperaktif malahan kanak-kanak ini akan memberontak dan lagi tidak dapat dikawal pula nanti. Di dalam senarai semak jelas membuktikan Aliff mempunyai kelebihan untuk menyiapkan tugasannya sekaligus walaupun dia seorang hiperaktif
Menggalakkan kanak-kanak ini untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata. Ini penting bagi memastikan kanak-kanak ini terus bersikap positif dan menjaga hubungan sosial yang baik antara kanak-kanak ini sesama rakan dan guru. Contohnya Aliff tidak akan menggunakan perkataan aku ketika di kelas bagi menjaga hubungan baik antara rakan dan guru.
Berusaha untuk membina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja. Ini penting kerana semangat yang positif akan memberikan satu impak positif kepada kanak-kanak tersebut. Contohnya apabila Aliff cuba membaca walaupun merangkak tapi guru tetap memberikan pujian pada Aliff. Ini nampaknya Aliff tersenyum sahaja apabila dirinya dipuji guru di hadapan rakan-rakannya.
Kaedah pengasingan juga dirasakan perlu untuk memastikan kanak-kanak hiperaktif menyedari dirinya tidak ditempatkan bersama rakan-rakan yang lain. Ini penting sekiranya guru melihat tiada perubahan yang berlaku kepada kanak-kanak hiperaktif ini untuk jangka masa yang terdekat. Aliff perlu diberi denda sebegini bagi menyedarkan dirinya tentang pentingnya untuk mengikuti pembelajaran di dalam kelas bersama rakannya yang lain.
Juga perlu menempatkan kedudukan kanak-kanak hiperaktif ini di bahagian barisan hadapan kelas. Ini penting bagi memastikan kanak-kanak ini tidak hilang fokus dan dapat guru dapat melihatnya secara kerap juga memantau sekaligus. Ini memudahkan guru memantau perlakuan Aliff agar tidak memudaratkan dan membahayakan orang lain di sekitarnya.
Melatih kanak-kanak hiperaktif ini untuk menjadi ketua atau pemimpin di dalam kelas. Tanggungjawab yang diberikan secara tidak langsung akan memberikan satu perubahan di dalam kehidupan kanak-kanak ini. Contohnya ketika Aliff berada di tengah garisan sewaktu aktiviti di jalankan. Aliff kelihatan gembira kerana diberi peluang untuk menjadi ketua di dalam kumpulan walaupun hanya untuk seketika.
Juga guru dapat melatih kanak-kanak hiperaktif ini untuk membantu guru di dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran. Contohnya Aliff telah membantu guru memegang kad imbasan di hadapan kelas bagi memastikan kanak-kanak ini seronok dengan aktiviti pembelajaran dan sekaligus kanak-kanak ini dapat input pembelajaran pada masa itu.
Guru juga perlu mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada ibu bapa semasa di rumah, bagi membolehkan anak hiperaktif ini diawasi agar pembelajaran dan kerja rumah mereka disiapkan. Kerjasama dari rumah juga akan memberikan impak yang positif.
Mengikut hasil penelitian menunjukkan perilaku anak hiperaktif dalam bermain konstruktif, diketahui bahwa terdapat 1 (satu) anak hiperaktif di PAUD Lestari, iaitu bernama Aliff Daniel. Jenis permainan konstruktif yang digunakan, iaitu dengan bermain doh, membuat Aliff terlatih penumpuannya namun masih belum sabar menunggu giliran dan bersikap destruktif. Dia boleh duduk dengan tenang serta mampu membuat bentuk yang lain dari yang lain.
Aliff juga didapatimasih belum sabar menunggu giliran dan terkadang mengganggu temannya tanpa alasan yang jelas. Penumpuannya mudah terganggu serta terkadang menunjukkan sikap menentang, akan tetapi dia tidak menunjukkan sikap destruktif;